top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

  • Writer's pictureadmin KambingBBQ

Tips sihat setelah memakan daging kambing.



Sejak kebelakangan ini, ramai orang sudah meminati daging kambing sebagai salah satu makanan popular di Malaysia. Ini dibuktikan dengan pelbagai hidangan enak berasaskan kambing sama ada sajian makanan konsep dari Timur Tengah, Barat dan tidak lupa juga tempatan, memberikan pelbagai pilihan kepada kita.

Namun, kekhuatiran terhadap kolesterol yang dikatakan tinggi di dalam daging kambing menyebabkan masih lagi ada yang takut untuk mencubanya. Oleh itu, admin terpanggil untuk memberikan tips kekal sihat setelah memakan daging kambing. Jadinya, anda janganlah khuatir untuk mencuba daging kambing golek admin lepas ni. Heheheh…..

Berikut adalah tips yang sempat admin senaraikan:


1. Seimbangkan pemakanan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.

Dengan memakan sayur-sayuran dan sedikit buah-buahan (terutamanya limau) akan dapat seimbangkan kolestrol yang ada di dalam badan setelah memakan daging kambing tadi. Selain daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran ini bertindak untuk membersihkan sisa-sisa lemak serba sedikit yang melekat pada usus dan ini memberikan kesihatan pada tubuh badan anda.

2. Lakukan senaman ringan.

Lakukan senaman ringan bagi menyingkirkan kolesterol dan lemak yang diambil dari memakan daging kambing tadi.


3. Memakan oat.

Oat berperanan untuk menyerap kolestrol di dalam tubuh dan menyingkirkan melalui proses penyahtinjaan. Dengan memakan oat ini, kolestrol yang kita ambil tadi dapat disingkirkan dengan cepat dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Mengambil Lecithin

Lecithin adalah lemak atau bahan yang terdapat dalam membran semua sel hidup dan berfungsi untuk mengawal keluar masuk nutrien sel. Ianya boleh digunakan untuk membersihkan salur darah dan memecahkan lemak dalam badan.

Diharap dengan perkongsian ini, anda mendapat manfaat daripadanya dan jangan sesekali halangan-halangan yang anda alami itu membantutkan keinginan anda untuk merasai salah satu nikmat Allah ini.

179 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page