Kambing Golek BBQ
Kambing Golek Pilihan Anda
Tentang Kami
Kami Bukan Chef. Kami Hanya Peminat Kambing Golek
Bermulanya dari minat kami mengendalikan majlis perjumpaan saudara mara dengan hidangan ikan, ayam dan kambing bakar di kampung kami yang terletak di Kampung Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Terletak lebih kurang 2 jam menghala ke Utara dari Kota Raya Kuala Lumpur.
Kami terdiri dari keluarga yang besar, mempunyai ramai saudara mara dan sepupu sepapat. Abah kami suka membuat majlis demi mengeratkan silaturahim dengan saudara mara kami dan ketika Hari Raya adalah waktu kemuncak kepada gathering keluarga besar kami. Oleh itu, hidangan seperti ayam, makanan laut merupakan hidangan wajib ketika majlis-majlis tersebut.
Bagi memeriahkan majlis seperti ini, kami mencuba untuk membakar sendiri seekor kambing golek dan mencipta pelbagai kaedah agar rasanya kekal sedap, lembut, tidak hamis dan sesuai untuk di makan kepada para tetamu. Setelah pelbagai cara yang kami lakukan dan beberapa tahun kami membuat kajian dan beberapa majlis sendiri yang telah kami anjurkan, maka kami menemui kaedah yang terbaik untuk menghidangkan kambing golek kami kepada para tetamu.
Oleh itu, dengan minat kami ini, kami kongsikan dengan rakan-rakan kami terutamanya waktu Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh syarikat kami. Yang bestnya, mereka amat berpuas hati dan merasakan yang hidangan kambing golek kami ini amat sesuai untuk majlis-majlis mereka. Maka di situlah bermulanya kami menyediakan perkhidmatan kambing golek ini kepada para tetamu mereka pula.
Dengan permintaan yang semakin meningkat, kami cuba mengembangkan servis kami ini kepada pelanggan yang lain. Yang penting bagi kami selain menambah pendapatan syarikat, adalah berkongsi rasa sedap resepi kami ini kepada anda. Agar dapat sama-sama menceriakan suasana majlis anda nanti.