top of page
IMG_20190613_123550.jpeg
IMG_20190614_102647.jpeg
IMG_20190419_152607.jpg
dexpert-kambing-golek-bbq-background-mob
IMG_20190921_163632.jpeg

Terma Dan Syarat

Untuk mengurangkan risiko ketidakpuasan hati anda atas servis kami, kami perlu menggariskan beberapa perkara penting supaya anda turut jelas dengan keperluan yang kami perlukan dari anda. Ini bagi menjaga kebajikan antara kedua-dua pihak supaya sebarang risiko dapat dikurangkan.

 

Syarat tempahan

 

  • Tempahan hendaklah dilakukan pembayaran penuh sekurang-kurangnya 7 hari sebelum dari tarikh majlis berlangsung. (Tempahan awal adalah digalakkan bagi mengelakkan anda kecewa kerana tempahan sudah penuh).

 

  • Deposit 70% dari jumlah keseluruhan diwajibkan untuk membuat tempahan.

 

  • Masa untuk hidangan adalah seperti berikut:

a) Maksimum 2 jam dari majlis bermula atau lebih awal

b) Caj lebih masa akan dikenakan iaitu RM100/jam sekiranya masa hidangan panjang atas permintaan pelanggan

c) Sebarang perubahan masa hendaklah dimaklumkan 48 jam sebelum majlis.

 

  • Surcharge akan dikenakan untuk waktu berikut:

a) Hari Raya Aidilfitri (Hari Raya Pertama dan Kedua)

b) Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Pertama)

c) Surcharge tempahan di saat akhir (kurang 48 jam) - 15% dari jumlah harga tempahan

 

Caj Pengangkutan

 

  • Perkhidmatan di luar kawasan akan dikenakan caj pengangkutan menggunakan perkiraan sebagaimana berikut:

Contoh: Perjalanan pergi dan balik dari Wangsa Maju ke Masjid Tanah (Melaka) sejauh 160km sehala. Caj pengangkutan percuma adalah 30km sehala dari Wangsa Maju, perkiraan caj pula adalah berdasarkan perjalanan 2 hala. Oleh itu, 

Jarak perjalanan keseluruhan - 160km x 2 hala = 320km

Jarak perjalanan telah termasuk dalam pakej - 30Km x 2 hala = 60km 

Jarak yang dikira dalam caj pengangkutan adalah = 320km - 60km = 260km

 

Caj pengangkutan yang dikenakan bagi 1Km tambahan adalah RM2/km

Oleh itu, jumlah caj pengangkutan adalah

260Km x RM2 = RM520

Pembatalan

 

  • Segala tujuan pembatalan adalah perlu dilakukan secara bertulis sama ada melalui email/SMS/whatsapp. Pembatalan melalui call atau cakap mulut TIDAK DIBENARKAN.

 

  • Pembatalan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum majlis.

 

  • Sebarang bayaran yang telah dilakukan akan dikenakan caj sebanyak 10% dari jumlah tersebut sekiranya pembatalan dilakukan lebih 7 hari sebelum dari tarikh majlis.

 

  • Sekiranya pembatalan dilakukan kurang dari 7 hari, 100% duit tersebut tidak akan dipulangkan.

 

 

Tarikh, Masa dan Tempat Majlis

 

  • Anda perlu memberikan maklumat lengkap dan tepat di mana majlis tersebut bakal di adakan.

 

  • Sila berikan tarikh dan masa majlis setepatnya. Ini kerana kami akan sampai lebih kurang 2-3 jam lebih awal dari majlis makan tersebut.

 

  • Masa dan tarikh majlis harus diberikan secara bertulis melalui email/Whatsapp/SMS sahaja. Cakap mulut adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

 

 

 

bottom of page