top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

  • Writer's pictureadmin KambingBBQ

Kebaikan Memakan Daging Rusa Dan Perkhidmatan Rusa Panggang.



Masyarakat Malaysia masih lagi jarang memakan daging rusa ini sama dihidangkan daging rusa panggang, daging rusa golek atau dalam apa juga masakan.

Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan dagingnya serta dengan harganya yang mahal menjadi faktor ianya kurang dinikmati.


Daging rusa merupakan daging merah sama seperti daging lembu dan juga kambing, tetapi ianya mempunyai kelasnya tersendiri. Ianya turut dikategorikan sebagai ‘game meat’ di negara barat kerana ianya diperolehi daripada hasil rusa liar yang diburu. Kebanyakan negara melarang aktiviti pemburuan rusa liar ini, namun sesetengah daerah di Amerika contohnya membenarkan aktiviti berburu ini dalam keadaan yang terkawal.

Tahukah anda daging rusa mempunyai beberapa kebaikan dan nutrien yang baik terkandung di dalamnya?

Khasiat 1: Memakan daging rusa untuk zat besi.

Jika anda ingin memakan daging yang amat kurang lemak dan kalori, daging rusa adalah pilihan terbaik. Ini kerana kebanyakan dagingnya adalah lebih banyak berbanding lemak. Kandungan zat besi dan kandungan mineral dalam daging rusa ini baik untuk menambah darah di dalam tubuh badan kita.

Khasiat 2: Memakan daging rusa untuk membina tubuh badan.


Protein adalah nutrien yang bertanggungjawab untuk membina tubuh badan kita. Daging rusa kaya dengan protein. Jelas sekali, semua daging mengandungi protein tetapi kelebihan daging rusa ini adalah ianya sangat kurang lemak jika dibandingkan dengan beberapa haiwan lain seperti lembu. Daging merah sering dikaitkan dengan kolesterol tidak baik dan kebanyakan pakar nutrisi menasihatkan anda agar mengurangkan pengambilan daging merah ini. Malahan mereka kebanyakannya mencadangkan agar mengambil daging putih seperti daging ayam dan burung. Daging rusa walaupun daging merah, tetapi ianya berbeza dari daging merah yang lain.

Khasiat 3: Memakan daging rusa untuk Vitamin B12 untuk mengelakkan penyakit Pernicious Anaemia.

Pernicious Anemia adalah penurunan sel darah merah yang terjadi ketika tubuh tidak dapat dengan baik menyerap vitamin B12 dari saluran pencernaan. Vitamin B12 diperlukan untuk perkembangan sel-sel darah merah. Sedangkan Pernicious Anemia disebabkan oleh kurangnya faktor intrinsik. Faktor intrinsik adalah protein yang dihasilkan oleh perut yang mengikat vitamin B12. Kombinasi vitamin B12 dan faktor intrinsik diserap dalam bahagian bawah usus kecil. Ketika perut tidak cukup membuat faktor intrinsik, usus tidak dapat menyerap vitamin B12 benar. Secara umum, kebanyakan bayi lahir menghasilkan factor intrinsik yang mencukupi. Sekiranya terdapat Pernicious Anemia, maka ianya berkemungkinan kerana factor keturunan. Sekiranya berlaku, dengan memakan daging rusa, ianya dapat memberikan vitamin B12 secukupnya bagi mengelakkan penyakit ini.

Khasiat 4: Memakan daging rusa untuk mengelakkan diabetis

Vitamin B6 juga banyak terdapat di dalam daging rusa ini. Vitamin B6 berfungsi sebagai pemangkin yang menukarkan gula kompleks kepada gula ringkas. Daging rusa mengandungi kurang lemak dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu secara umum merujuk kepada lemak yang mudah mencair dalam suhu bilik. Anda mudah mendapatkannya di pasaraya dalam bentuk lemak ikan, lemak sayuran dan sebagainya.


Sekiranya anda memakan daging rusa ini, anda akan menerima kebaikan lemak tidak tepu seperti memakan ikan dan juga kekacang. Berbanding dengan lemak tepu yang mudah dijumpai di dalam lemak haiwan, ianya memberi kesan sampingan termasuk thrombosis, arteriosclerosis dan penyakit jantung.

Saya pasti, setelah memberikan maklumat tentang kebaikan memakan daging rusa ini, anda pasti mencarinya selepas ini. Boleh lah hubungi admin untuk pertanyaan lanjut.

Kami turut menyediakan perkhidmatan memasak rusa panggang atau rusa golek untuk sebarang majlis keraian. Boleh rujuk pakej yang kami sediakan di sini.

Selain itu, sekiranya anda hendak mengetahui produk yang kami tawarkan selain dari rusa panggang, boleh lihat di bahagian pakej harga.



1,893 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page