top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

  • Writer's pictureadmin KambingBBQ

Keunikan Tempat Pemanggang KambingBBQ kami

Updated: Feb 29


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Lama nampaknya admin tak update blog di sini. Walau bagaimanapun terima kasih admin ucapkan kerana sudi membaca perkongsian-perkongsian simple di dalam ruangan blog ini.

Kali ini admin nak berkongsi dengan para pengunjung sekelian akan keunikan tempat pemanggang KambingBBQ kami.



Tempat pemanggang yang kami bawa terus ke Port Dickson

Tempat pemanggang kami ini kami cipta sendiri. Ianya terdiri daripada frame besi dan juga tong besi yang dipotong separuh serta di ubahsuai agar ianya mudah untuk dikendalikan oleh bilangan orang yang amat minima. Ini kerana, tempat pembakar yang ada dipasaran adalah kurang praktikal dari segi mobiliti (pengangkut khas yang lebih besar seperti van perlu digunakan untuk membawa tempat pemanggang ini), kesukaran untuk dibawa kerana perlu dikendalikan lebih daripada seorang, serta faktor-faktor yang lain.

Keistimewaan Pemanggang kami:

1) Ianya mudah dibawa ke mana-mana. Anda hanya perlu menggunakan kenderaan sekecil Myvi sahaja untuk mengangkut tempat pemanggang kami ini.


Set pemanggang yang kami muatkan dalam hanya sebuah myvi sahaja


Sebuah Myvi boleh memuatkan sehingga 2 ekor kambing, meja serve, 2 orang tukang masak serta set pemanggang untuk mana-mana destinasi.

2) Tidak terlalu berat dan mudah dikendalikan. Dengan kaedah yang betul, hanya seorang sahaja diperlukan untuk mendirikan dan melipat tempat pemanggang kami.

3) Tempat pemanggang ini kami sesuaikan untuk membakar 2 ekor kambing dalam satu-satu masa. Ini menjimatkan ruang serta mengurangkan kos arang untuk membakar 2 ekor kambing secara serentak.


4) Tempat pemanggang kambing ini pula boleh disusun dengan kemas dan menjimatkan ruang. Ini kerana dengan design dan ukuran yang sama membolehkan kami menyusun pemanggang tesebut secara menegak. Hanya menggunakan salah satu dari penampung rod pencucuk kambing itu dapat menetapkan kedudukan kesemua pemanggang dengan kemas.


Kedudukan pemanggang kami apabila disusun antara satu-sama lain. Amat menjimatkan ruang.


Penampung rod pencucuk kambing sebagai kunci untuk menetapkan kedudukan griller tersebut.

5) Menjimatkan kos pengangkutan - Dengan hanya menggunakan kenderaan sekecil Myvi, kami percaya, anda yang merancang untuk membawa griller atau tempat pemanggang ke tempat anda adalah tidak sukar. Anda tidak perlu menyewa van atau lori semata-mata ingin membawa tempat pemanggang tersebut ke lokasi anda. Ini kerana Myvi adalah kenderaan lazim rakyat Malaysia dan mudah di dapati.

Kami mengalu-alukan anda untuk menyewa tempat pemanggang kami dengan harga yang amat berpatutan. Tapi dengan syarat anda perlu pulangkan pada tempoh waktu yang ditetapkan. Sekiranya tidak, caj tambahan RM250 setiap 24 jam seterusnya akan dikenakan. Ini bagi mengelakkan pengguna daripada cuai mengendalikan aset yang kami sewakan kepada anda.

Selain daripada itu. salinan I/C juga akan kami ambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi admin atau melihatnya melalui butang di bawah:


Sampai jumpa lagi.

518 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page