top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1436-H - Fadhilat Ramadhan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana masih lagi diperpanjangkan umur kita untuk menyambut ketibaan ramadhan Al Mubarak. Rasanya seperti baru sahaja berlalu ramadhan yang lepas, dan kini kita dipertemukan kembali dengan bulan pernuh berkat ini.


Bulan Ramadhan adalah salah satu bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ini kerana, pada bulan ini Allah mempertingkatkan darjat ibadah dengan gandaan yang sangat hebat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)


Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:

“ Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”

(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

Diharap kita dapat istiqamah dan mempergunakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk memperteguhkan iman kita, mempersiapkan ibadah kita, memperbanyakkan amalan kita di dalam bulan ini. Semoga ianya memberikan kesan positif kepada kita sepanjang kehidupan di dunia ini.

Wallahu a'lam.


 
 
 

Comentários


Logo 10 tahun D'EXpert BBQ

As Seen On:

Logo TV3 di D'Expert BBQ

Diuruskan Oleh:

Indok Utama Resources (001740713-M)

5-2G, Jalan Wangsa Delima 1A,

Kuala Lumpur Suburban Center 3,

Wangsa Maju

53300  Kuala Lumpur

 

email: dexpertkambingbbq@gmail.com

Kami berdaftar dengan:

D'Expert BBQ berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
line-of-credit-e1729021098258_edited.png
e-wallet_edited.png
e-wallet_edited.png

Buy Now Pay Later

bnpl_edited.png

© 2025 / 2026 by Indok Utama Resources. All Right Reserved

We Accept:

bottom of page