top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

  • Writer's pictureadmin KambingBBQ

Cari Kami Di Google! - Kedudukan Website Kami Di Google Search Result


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua,

Hari ini merupakan hari ke-3 kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Bagaimana dengan ibadah puasa tuan-puan sekelian? Harapnya kita dapat ambil peluang ini untuk menambah amalan serta tawadhuk kita kepada Allah Taala.

Sejak beberapa bulan lalu, admin telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kami untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan. Selain itu juga kami turut mempertingkatkan reputasi kami di enjin carian google supaya para pelanggan mudah untuk mencari kami nanti.


Untuk makluman semua, bagi mendapatkan tempat pertama dalam enjin carian Google bukanlah perkara mudah. Ianya perlu mengambil kira 200 faktor bagi merebut kedudukan pertama ini. Termasuklah menganalisis pesaing, mencari kata kunci carian yang berpotensi serta pelbagai perkara lain yang perlu diambil perhatian.

Kedudukan pertama dalam enjin carian google juga menunjukkan bahawa website kita dipandang tinggi oleh google sebagai website yang ada authority atau bahasa mudahnya, boleh dipercayai. Dan juga sebagai salah satu kaedah pemasaran yang berkesan, ianya juga memberikan potensi pelanggan yang tidak terhad secara PERCUMA. Selain itu juga, kedudukan pertama dalam enjin carian google bagi kata kunci yang kita tumpukan, akan memberikan trafik tertumpu (targeted traffic) yang mana orang yang menaip kata kunci tersebut memang memerlukan atau mencari produk tersebut.

Sebagai contoh, anda ingin mendapatkan perkhidmatan kambing golek aqiqah, anda hanya perlu taip di Google sebagai "Kambing Golek Aqiqah" dan keputusan carian akan keluar seperti di bawah.


Di dalam kotak berwarna hitam, ianya menunjukkan hasil carian berbayar. Pengiklan perlu membayar kepada google untuk membolehkan iklan mereka muncul di situ. Kelebihannya, ianya mempercepatkan website kita ditemui oleh pelanggan yang berpotensi sepantas 5 minit sahaja. Kekurangannya, iklan anda perlu bersaing dengan pengiklan yang lain tertumpu pada kata kunci carian yang sama. Setelah iklan anda habis bajet untuk hari tersebut, maka iklan anda tidak akan muncul lagi.

Berbanding pengiklanan berbayar, hasil carian seperti yang di dalam kotak berwarna biru merupakan hasil carian percuma. Sekiranya website anda berada di dalam kedudukan 1-3 dalam kedudukan carian google, anda bakal memperolehi trafik yang sangat berpotensi untuk mendapatkan pelanggan yang sudah tentunya tercari-cari perkhidmatan yang anda tawarkan. Kedudukan inilah yang sering direbut oleh pemain SEO bagi membolehkan website kita muncul pada kata kunci yang memang dicari oleh para pelanggan.

Alhamdulillah, website kami berada dalam kedudukan pertama enjin carian bagi kata kunci yang berpotensi untuk mendapatkan trafik berpotensi secara percuma. Walaupun berada kedudukan pertama dalam enjin carian, kami tetap tidak mengabaikan kualiti perkhidmatan kami agar ianya tetap di hati para pelanggan kami.

Antara kata kunci yang kami ranking dalam kedudukan pertama di google:


Kedudukan pertama untuk kata kunci "Pakej Kambing Golek"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kedudukan pertama untuk kata kunci "Kambing Golek Murah"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kedudukan pertama untuk kata kunci "Kambing Golek Aqiqah"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kedudukan pertama untuk kata kunci "Kambing BBQ"

Namun, kami tetap berusaha untuk menaikkan ranking bagi beberapa kata kunci lain yang kami tumpukan. Ini bagi tujuan untuk mempertingkatkan kepercayaan pelanggan kepada kami. Selain daripada mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, kualiti pemasaran juga turut tidak abaikan agar dapat membantu orang ramai untuk menyelesaikan masalah mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kambing golek ini.

Diharap anda dapat belajar dari perkongsian ini.

Sampai jumpa lagi.

p/s: Tujuan artikel ini adalah untuk berkongsi pengetahuan. Jauh sekali untuk berlaku riak atau ujub. Ini kerana kedudukan website di enjin carian google sentiasa berubah-ubah dan kami tidak tahu kedudukan website kami pada masa akan datang. Diharap ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Terima kasih.

28 views2 comments

Recent Posts

See All
bottom of page