
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Setelah beberapa ketika kami berada dalam bisnes kambing golek ini, agak ramai bertanyakan tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan daging kambing yang telah siap di perap dan mereka boleh menikmatinya bila-bila yang mereka kehendaki.
Pakej kambing siap perap ini kami sediakan dengan menggunakan daging kambing muda (lamb) yang dipotong setebal 1cm, Bahagian daging yang kami ambil adalah bahagian shoulder (kaki bahagian hadapan). Dengan diperap dengan baik, insya Allah anda akan dapat merasai keenakannya dengan tekstur daging yang lembut dan amat menyelerakan.

ini merupakan feedback dari salah seorang client yang membakar sendiri daging kambing siap perap yang dibeli dari kami.
Pada mulanya kami bereksperimen ketika waktu musim bulan Ramadhan ini. Oleh kerana, permintaan terhadap produk berasaskan makanan agak tinggi pada waktu ini, jadi kami membuat satu eksperimen. Iaitu menjual daging kambing yang telah siap diperap kepada para pelanggan kami.
Alhamdulillah, ada seorang penjual yang berunding dengan kami untuk mendapatkan bekalan daging yang telah siap marinate untuk dijual di pasar ramadhan. Mereka pula menjualnya dengan memasak di atas dapur dan meletakkan di dalam bekas polisterin kepada pengunjung di bazaar.
Hasilnya amat mengejutkan. Sehingga minggu ke 3 bulan Ramadhan ini, bekalan daging mereka sentiasa laku. Mereka mengambil 10KG daging hampir setiap 2 hari sepanjang bulan Ramadhan ini untuk dijual di bazaar. Dan mereka turut mendapat repeat customer sepanjang bulan Ramadhan ini. Keuntungan pula mereka perolehi amat lumayan sekali.

Gerai bazaar kami juga turut diserbu oleh para pengunjung bazaar di Wangsa Maju

Gerai bazaar kami juga turut diserbu oleh para pengunjung bazaar di Wangsa Maju
Kami juga turut menjual sendiri di bazaar Ramadhan berhampiran ofis kami di Wangsa Maju. Fenomena yang sama kami alami iaitu daging kambing bakar kami amat laku hampir setiap hari. Ada yang memborong sehingga 8-10 pack daging bakar kami.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah Taala kerana memberikan rasa sedap kepada resepi kami ini. Dan di sini kami ingin kongsikan kepada anda untuk anda simpan dan hidangkan kepada ahli keluarga serta para tetamu anda juga.
Kami hanya menjualnya terlebih dahulu, dan design packaging pula akan kami buat selepas raya nanti. Banyak perancangan yang telah kami rancangkan untuk berkongsi rasa sedap resepi daging kambing kami ini kepada anda.
Untuk anda yang ingin mendapatkan daging kambing siap perap kami, anda boleh hubungi kami di talian 0192704811.
Semoga usaha kami ini dapat membantu menceriakan majlis anda nanti.
Untuk tempahan daging kambing siap perap, boleh hubungi saya di 0192704811.
Sampai jumpa lagi.