top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

  • Writer's pictureadmin KambingBBQ

Pakej Terbaru Untuk Mereka Yang Kurang Bajet



Assalamualaikum semua.

Minta maaf lah sesangat sebab biarkan blog ni berhabuk. Admin dan team D'Expert KambingBBQ sibuk menguruskan tempahan kambing golek yang semakin meningkat. Terima kasih atas sokongan semua.

Dalam sibuk-sibuk menguruskan tempahan selama beberapa ketika ini, apa yang admin perasan, ada juga prospek yang minta nak pakej yang bajet diorang kurang daripada pakej kambing golek BBQ tu. Jadinya kami berbincang antara sesama team bagaimana nak selesaikan masalah ini.

Selain daripada pakej kambing slice yang permintaannya sangat baik, (kerana mungkin sesuai dengan bajet dan bilangan tetamu yang mereka peruntukkan), kami rasa harus juga memikirkan mereka yang mempunyai bajet kurang daripada RM1000 tetapi ingin order kambing golek BBQ tersebut.

Maka, muncullah idea iaitu Pakej Kambing Golek BBQ Basic.

Apa yang kami tawarkan dalam Pakej Kambing Golek BBQ Basic ni?

Menu Pakej Kambing Golek BBQ Basic:

1) Kambing Bulat Seekor siap di golek

2) 2 Orang tukang masak

3) Brown Sauce

4) Blackpepper Sauce.

Ye. Kami keluarkan 'Mashed Potato' dan 'Coleslaw' dari senarai pakej tersebut. Ini kerana untuk mengekalkan pakej kurang daripada RM1000.

Adakah berbaloi untuk mendapatkan pakej ini?

Terus terang kami katakan, pakej ini adalah basic. Bagi kami, lebih berbaloi sekiranya anda order Pakej Kambing Golek BBQ full set. Ini kerana sekiranya anda makan tanpa eksesori tambahan (mashed potato & coleslaw) nikmat memakan daging kambing golek agak sedikit kurang. Namun setiap orang mempunyai keperluan yang berlainan. Jadinya kami menyediakan pakej ini untuk memberikan alternatif kepada anda yang ingin mendapatkan pakej kambing golek daripada kami.

Berapakah harga Pakej Kambing Golek BBQ Basic ni?

Untuk mengetahui harga pakej kambing golek basic ini, kami sediakan seperti di dalam pakej harga di sini

Di harap dengan pakej kambing golek yang baru ini, akan memberikan lebih banyak pilihan kepada anda. Sekiranya ada apa-apa persoalan, anda boleh terus hubungi kami di ruangan Hubungi Kami ye.

Sampai jumpa lagi.

Sila LIKE page kami di FACEBOOK ye.


62 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page