Assalamualaikum semua.
Lama tak update blog kami ni sampai penuh berhabuk. Kami ni bukanlah selalu sangat nak update artikel atau sebagainya kerana fokus kami sebenarnya adalah untuk membangunkan produk serta syarikat kami. Alhamdulillah, diam tak diam, website kami serta produk D Expert Kambing BBQ ini sudah bertapak selama 4 tahun setelah kami bermula sejak 2014 lagi.
Untuk makluman semua, pihak kami baru menfokuskan untuk menjual kambing perap frozen. Produk ini adalah berdasarkan permintaan ramai di mana mereka ingin membakar sendiri kambing perap ini yang dijual dengan kuantiti yang sedikit. Mereka ingin menjamu keluarga mereka dengan kambing perap ini pada bila-bila masa yang mereka inginkan, dan ada juga yang ingin membeli secara pukal melebihi 5KG untuk bersantai makan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk memenuhi permintaan ini, kami di sini telah bersedia untuk menerima tempahan daripada anda untuk menikmati sendiri kelembutan, keenakan dan kepaduan kambing perap frozen kami.
Setiap pack mengandungi 1KG kambing slice dengan ketebalan sekitar 1cm setiap potongan. Kami perap terlebih dahulu sekitar 1 malam untuk membolehkan rasa kambing perap ini meresap di dalam daging dan melembutkan daging tersebut. Apabila di cicah dengan sos signature kami iaitu blackpepper mayonaise sauce dan brown sauce, rasanya amatlah padu dan terngiang-ngiang sampai masuk dalam mimpi.
Perapan kami tidaklah sampai banjir keseluruhan daging tersebut seperti peniaga lain buat yang selalu menyebabkan ianya menjadi soggy dan akan hancur sedikit ketika masak. Daging kambing perap kami akan kekal sedap dan lembut apabila di masak. Memasaknya pula tidak mengambil masa lama dalam sekitar 2-3 minit sahaja. Bau wanginya akan ketara apabila masak.
Setiap pack akan diberikan 1KG kambing perap bahagian kaki hadapan (lamb shoulder), blackpepper sauce dan brown sauce. Penghantaran percuma sekiranya order melebihi 5KG dalam radius 10KM dari premis wakil jualan kami.
Untuk melihat harga dan pakej yang kami tawarkan, boleh tekan button di bawah ye.
Sampai jumpa lagi :D