top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

Writer's pictureadmin KambingBBQ

Di Jemput Menjadi Tetamu di TV3


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Just nak kongsikan kepada semua fan kami aktiviti yang berlangsung pada bulan Januari 2023 ini. Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar dengan baiknya segala yang dirancang. Namun ada juga perkara yang tak dirancang pun turut berlaku.


Sebelum tu, kami dari D Expert Kambing BBQ mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2023 kepada semua fan, pelanggan, pengunjung web kami, serta seluruh rakyat Malaysia. Walaupun dah masuk tahun 2023 ni hampir sebulan, tetap nak ucapkan jugak. Tak kisahlah. Hahahaha......


Just nak share juga, pada 21 Jan 2023 ynag lalu, kami mendapat jemputan untuk menjadi tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Kiranya bersiaran secara live ya. Bukan rakam dulu. Ini sebut tak de skrip punya. Totally bedal je. Huhuhu


Kami dijemput oleh penerbit rancangan Nona iaitu Puan Fieza. Beliau jemput kiranya seminggu sebelum waktu siaran. Bila bincang dengan team, maka kami pun setujulah untuk keluarkan bajet golek seekor di Sri Pentas. Bukan selalu dapat masuk TV. Lagipun ianya sebagai bentuk bajet marketing lah kan. Kita cuba buat yang terbaik.


Perbualan jemputan dari penerbit WHI Puan Fieza

Di ringkaskan cerita, masa hari kejadian, ada lagi 4 tetamu lain yang hadir. Tema rancangan untuk hari tersebut adalah pelbagai menu bbq dan bakar. Yang hadir ada berkongsi bagaimana memasak menu steak, menu seafood, menu western dan burger bakar. Kami pula macam biasa berkongsi tentang kambing bakar serta golek.


Hos untuk rancangan ini adalah saudara Fahrin Ahmad serta Sugeeta Chandran. Sugeeta ni vegetarian, jadinya semua menu-menu hari tu, Fahrin la kena merasa semuanya. Hehehehe...rezeki dia la.


Poster yang dikongsikan oleh penerbit untuk di war-warkan

Aku dengan Saiful bertugas hari tu untuk masuk TV. Saiful pernah masuk TV sebelum ni kat RTM sempena program Taekwon-Do. Dia dah masuk TV beberapa kali dah. Aku ni first time plak. Jadinya agak nervous sikit la. Tapi ok je, sebab pengalaman menggolek, bersembang dan bermesra dengan pelanggan, jadi kurang kekok dan tak gugup. Kita buat rilek je....


Masa ni tunggu giliran untuk di wawancara. Kita paling last

Possing dengan Fahrin Ahmad dulu

Tunggu giliran. Kita layan Fahrin dulu nak bergambar dengan kita

Disebabkan kita tetamu yang paling last, jadi ada banyak masa la nak bergambar. Hehehe...


Ni kita kongsikan wawancara penuh yang kami punya bahagian. Kalau nak kongsi video penuh, sejam pulak. Ni kita share ringkas-ringkas je.



Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar.


Bila dah habis rancangan ni, masing-masing kemas dan berkongsi hidangan yang dah di masak tu kepada krew dan tetamu lain yang hadir lah. Disebabkan kami punya ni kambing seekor, maka kamilah yang di kerumun oleh tetamu, krew dan staf TV3 yang lain. Tak sempat nak merasa hidangan tetamu dari tetamu yang dijemput bersiaran sekali tadi. Huhuhu...Sedih.


Tapi tak pe. Ini pengalaman yang menarik. Dan menandakan yang brand kami semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Terima kasih diucapkan kepada Puan Fieza selaku penerbit rancangan WHI ini, hos rancangan iaitu saudara Fahrin dan saudari Sugeeta, semua krew TV3, team D Expert serta semua yang turut mendoakan kami. Tak putus-putus terima whatsapp dari rakan, saudara serta pelanggan kami tentang munculnya kami di TV.


Semoga bisnes kami semakin maju, di kenali dan berkekalan selama mana yang boleh. Yang penting semoga Allah berkati perjalanan bisnes kami ini.

Bergambar kenangan sebelum beransur pulang


93 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page