top of page
Image by James Sutton

Blog Panas

Menulis Sambil Membakar

Writer's pictureadmin KambingBBQ

Selamat Tahun Baru 2024. Genap 10 Tahun Beroperasi

Boom Boom Boom!!!


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kita dah melangkah masuk ke tahun 2024. Kalau sembang dengan kawan-kawan cina, tahun ni disebut sebagai tahun 2023A (kerana nombor 4 bagi kepercayaan kaum cina adalah kurang baik)......hahahahha.... Gurau je 😂


Apa pun, secara kita tak sedar, kita dah bertambahnya pengalaman hidup, bertambahnya umur, bertambahnya ilmu, bertambahnya pahala serta dosa selama setahun yg lepas. Harap apa yang kita hadapi selama setahun yang lepas tersebut, dapat membawa sesuatu yang berharga dan dijadikan bekalan untuk kita menuju ke alam abadi nanti. Muhasabah perlu untuk kita tingkatkan lagi amalan kita, dijauhkan dari segala keburukan dan tingkatkan lagi segala kebaikan.



Dan, juga kami nak kongsikan juga, bahawa jenama D Expert Kambing BBQ juga telah wujud selama 10 tahun (2014 - 2024). Pelbagai pengalaman pahit manis, sakit sembuh yang menjadikan kami lebih matang dalam mengendalikan bisnes. Berjumpa dengan pelbagai ragam manusia, membolehkan kami memperbaiki kekurangan dan mengambil berat akan semua feedback client yang kami terima selama kami beroperasi.



Kami sangat menghargai kesemua pelanggan kami. Ada juga yang menjadi loyal customer selama bertahun-tahun, dan ada juga yang kami uruskan aqiqah anak mereka dari nombor satu, sampailah nombor 3&4 dan seterusnya. Terima kasih kerana menjadikan kami sebahagian dari cerita dan sejarah keluarga anda. 😊


Komitmen kami sangat jelas, untuk menghidangkan kambing golek yg sedap dan menyelerakan untuk seluruh keluarga anda nikmati. Yang penting anda berpuas hati dan majlis yang dilaksanakan berjalan dengan lancar.


Tahun ini diharapkan menjadi tahun antara yang terbaik buat kita semua. Semoga apa yang kita usahakan selama, dapat membuahkan hasil yang ranum dan menjadi kenangan manis selamanya.


Salam Tahun Baru 2024 ya

31 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page