

Kambing Golek BBQ
Kambing Golek Pilihan Anda


10+ Tahun
TV3 Featured
Ansuran BNPL Disediakan
4.9⭐ Di Google



🕌 Aqiqah di laksanakan mengikut syariat
Pelaksanaan aqiqah akan memenuhi syarat. Di sembelih di kandang Keramat, Kuala Lumpur


Anda Boleh Sembelih Sendiri Walaupun Zero Pengalaman
Aqiqah yang paling afdhal adalah apabila ayahnya sendiri yang menyembelih kambing untuk anak kesayangannya. Tapi berapa ramai yang pernah dapat peluang ini?
"Aqiqah itu disembelih pada hari ketujuh, dan anaknya diberikan nama"
Kami faham betapa istimewanya momen ini... dan kami nak bantu anda laluinya dengan mudah dan tenang.
Team Kami Bimbing Setiap Langkah
Dari bacaan niat, cara pegang pisau, hingga teknik sembelihan yang betul, team kami ada di sisi hingaa selesai proses sembelihan
Tiada Pengalaman? Tiada masalah
Zero pengalaman sembelih pun boleh. Team kami yang berpengalaman akan pastikan proses berjalan lancar, dan mengikut syariat
Di Ladang kami di Keramat, KL
Boleh hadir ke ladang kami, anda nak sembelih sendiri atau team kami uruskan. Anda pilih.
Suasana Kandang Yang Bersih
Kawasan kandang yang bersih & selesa membolehkan anda mudah untuk melalui pengalaman pertama anda di sini.
Kenapa pilih kami?
Bukan Sekadar Kambing Golek. Ianya Hasil Eksperimen Bertahun-Tahun
Melalui pengalaman yang panjang menghampiri 16 tahun (4 tahun ekperimen, 12 tahun berniaga), kami kongsikan kesedapan resepi kambing golek kami kepada semua. 😍
100% bakar gunakan arang kayu
Rasa asap semula jadi, menjadikan kambing di masak secara sekata serta aroma yang menyelerakan
Tekstur Daging Lembut & Tak Hamis
Resepi perapan kami menjadikan daging lebih lembut dan tak hamis. Yang kurang gigi pun boleh makan
Gunakan Kambing Muda
Daging kambing muda digunakan untuk hidangan kambing golek kerana teskturnya yang lembut.
Bakar live di tempat majlis
Team kami bakar kambing secara terus di tempat majlis. Ianya dapat menceriakan majlis anda dengan tayangan kambing golek secara live
Pakej Kambing Golek Aqiqah 2026
Pilih saiz yang bersesuaian
Semua pakej sudah termasuk kos perjalanan dari Hulu Kelang (berhampiran Zoo Negara) ke tempat majlis dalam jarak 30km sehala. Sekiranya lebih anda boleh hubungi team kami atau check sendiri Transport Calculator di sini: KLIK SINI
Nak Aqiqah Masak Berkuah? Boleh Je..

Proses Aqiqah
Dari Kandang Ke Majlis Anda
Tempah & Confirm
Whatsapp kami, pilih pakej, bayar deposit untuk confirm slot. Proses tempahan akan dilakukan secara professional (invois, email dsb). Beritahu jika anda ingin sembelih sendiri
Kambing Di Proses
Anda boleh pilih untuk hadir ke kandang kami di Keramat KL. Kambing akan di pilih dan di sembelih. Anda boleh terlibat dalam proses sembelihan ini. Kemudian di lapah, dan diperap. Kebiasaannya kami akan lakukan pada hari Khamis minggu yang sama dengan majlis
Chef Tiba Di Lokasi
Chef akan tiba dalam 1-2 jam sebelum majlis makan bermula dengan setup perlatan dan mulakan pembakaran
Siap Hidang
Kambing golek siap dibakar, dipotong dan hidang untuk para tetamu
Dipercayai Ramai
Pilihan Selebriti & VIP
Lebih 10 tahun melayani pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat

Faizal Tahir
Penyanyi - Jamuan gathering keluarga

Kamal Adli
Pelakon - Majlis aqiqah anak sulung beliau

Ryzal Duriankimchi & Alif Satar
Pempengaruh & artis - Majlis bersama pihak Masjid Bukit Damansara

Datuk Yusof Haslam
Pengarah Filem - Jamuan Hari Raya dan gathering keluarga

Jemputan TV3 dalam rancangan Wanita Hari Ini
Bergambar dengan pengacara WHI iaitu Fahrin Ahmad di hadapan Sri Pentas sebelum rancangan bermula

Linda Rafar & Syed Aiman
Pelakon - Jamuan Hari Raya dan gathering keluarga

Norman Hakim
Pelakon - Majlis aqiqah anak beliau

Nizam Razak
CEO Animonsta (Boboi Boy) - Jamuan raya syarikat
Soalan Lazim
Yang Selalu Di Tanya
Apa itu aqiqah?
Ianya merupakan satu ibadah yang di kategorikan sebagai sunat yang dituntut kepada anak yang baru dilahirkan. Sunat dilakukan pada hari ke 7 kelahiran. Namun ianya tidak terhad kepada umur tersebut selagi mampu. Anda boleh lakukan pada bila-bila masa.
Boleh ke aqiqah dilakukan gunakan kambing frozen?
Tidak boleh, kerana ibadah aqiqah perlu gunakan kambing yang cukup sifatnya seperti dah cukup umur, bukanlah digunakan untuk bekerja dan tidak cacat. Dan ianya perlu disembelih atas nama anak yang nak di aqiqahkan.
Berapakah bilangan ekor untuk aqiqah anak lelaki dan anak perempuan?
Disunatkan 2 ekor kambing untuk anak lelaki, dan 1 ekor untuk anak perempuan. Namun anda tak semestinya melakukannya serentak. Anda boleh lakukan secara berasingan sekadar kemampuan.
Berapa awal perlu buat tempahan?
Untuk waktu di luar musim Hari Raya, selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis dan sebulan untuk musim Hari Raya. Tempahan lebih awal amat digalakkan bagi mengelakkan kekecewaan.
Berapa lama tempoh memasak dan serving di tempat majlis?
Team kami akan sampai 1-2 jam sebelum majlis makan. Kami akan serve dalam 2 jam dari waktu makan. Jika ingin kami serve lebih dari 2 jam, akan dikenakan caj RM100/jam. Contoh, majlis makan pukul 12 tengahari, team kami akan sampai sekitar puku 10-11 pagi dalam keadaan kambing separuh masak. Set peralatan dan teruskan menggolek sehingga di tempat majlis. Pukul 12 tengahari tetamu dah boleh makan. Kami akan serve sehingga pukul 2.00 petang. Sekiranya belum habis, kami akan transfer bekas. Bekas untuk transfer mohon pihak tuan rumah untuk sediakan.
Berapa jumlah deposit untuk tempahan?
Jumlah deposit diperlukan adalah 70% dari jumlah invois. Baki adalah pada hari majlis
Apa yang perlu di sediakan di tempat majlis?
Kami perlukan menggolek sekitar 10 kaki X 10 kaki untuk stesen bakar. Kami akan bawa peralatan seperti khemah dan meja hidang.
Kalau tiada ruangan membakar, macam mana pula?
Jika tiada, kami sarankan sama ada siap bakar, potong dan hantar/hidang. Atau, menggolek secara indoor (dalam premis) yang mana akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM150
Kalau nak ubah tempahan, berapa lama perlu diberitahu?
Setiap tempahan di lakukan, akan menerima email dari kami. Di email tersebut terdapat button untuk anda mengubah bila-bila masa order anda sehingga 2 hari sebelum majlis. Sekiranya berlaku perubahan dalam selepas 2 hari dari tarikh majlis, anda perlu menghubungi admin.
Kalau pakej untuk selain aqiqah ada ke?
Ada. Kami menyediakan pakej kambing Golek frozen menggunakan kambing frozen import. Lihat pakej harga lengkap di sini: KLIK SINI
Berapa ramai boleh makan untuk seekor kambing?
Anda boleh lihat details setiap satu pakej yang kami sediakan. Di situ terdapat anggaran bilangan tetamu untuk setiap pakej.
Adakah lokasi majlis saya anda cover?
Anda boleh semak Transport Calculator yang kami sediakan di link ini: KLIK SINI




