top of page
Perkhidmatan kambing golek KL Selangor D Expert BBQ

Kambing Golek  KL & Selangor - Siap Hidang Di Majlis Anda

KL . Selangor . Putrajaya . Nilai

✅ 100% Arang Kayu  ✅ Golek Live Di Majlis  ✅ Berdaftar MOF 

Harga Dari:

RM1,550

/ekor

untuk 40-50 orang

Kambing Golek KL Selangor D Expert BBQ
Hidangan Kambing Golek KL Selangor D Expert BBQ
Kandang Kambing Golek KL Selangor D Expert BBQ
10+

Tahun

Menghampiri 12 tahun dalam industri. Sejak 2014

Muncul di tv3

Pernah muncul di kaca tv 2 kali atas jemputan TV3

4.9 rating

Mendapat rating tinggi servis kami di Google Review. Check sini

KEMUDAHAN PEMBAYARAN

Pelbagai kaedah pembayaran disediakan termasuk kredit kad, atau ansuran melalui SPayLater, GrabPay Later & BoostPay Flex

Kenapa pilih kami?

Bukan Sekadar Kambing Golek. Ianya Hasil Eksperimen Bertahun-Tahun

Melalui pengalaman yang panjang menghampiri 16 tahun (4 tahun ekperimen, 12 tahun berniaga), kami kongsikan kesedapan resepi kambing golek kami kepada semua. 😍

100% bakar gunakan arang kayu

Rasa asap semula jadi, menjadikan kambing di masak secara sekata serta aroma yang menyelerakan

Tekstur Daging Lembut & Tak Hamis

Resepi perapan kami menjadikan daging lebih lembut dan tak hamis. Yang kurang gigi pun boleh makan

Gunakan Kambing Muda

Daging kambing muda digunakan untuk hidangan kambing golek kerana teskturnya yang lembut.

Bakar live di tempat majlis

Team kami bakar kambing secara terus di tempat majlis. Ianya dapat menceriakan majlis anda dengan tayangan kambing golek secara live

Pakej Kambing Golek 2026

Pilih saiz yang bersesuaian

Semua pakej sudah termasuk kos perjalanan dari Hulu Kelang (berhampiran Zoo Negara) ke tempat majlis dalam jarak 30km sehala. Sekiranya lebih anda boleh hubungi team kami atau check sendiri Transport Calculator di sini: KLIK SINI

Nak Golek Sendiri?

kambing golek power siap hidang di majlis besar atau kecil

Proses Kami

Dari Dapur Ke Majlis Anda

Tempah & Confirm

Whatsapp kami, pilih pakej, bayar deposit untuk confirm slot. Proses tempahan akan dilakukan secara professional (invois, email dsb)

Kambing Di Proses

Kambing di lapah, di perap dengan resepi rempah ratus istimewa kami selama lebih sehari

Chef Tiba Di Lokasi

Chef akan tiba dalam 1-2 jam sebelum majlis makan bermula dengan setup perlatan dan mulakan pembakaran

Siap Hidang

Kambing golek siap dibakar, dipotong dan hidang untuk para tetamu

📍 Kawasan Servis Kami

Lokasi lain mungkin dikenakan caj tambahan. Whatsapp kami untuk semak atau anda boleh semak sendiri di sini

Dipercayai Ramai

Pilihan Selebriti & VIP

Lebih 10 tahun melayani pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat

Faizal Tahir bersama D Expert BBQ

Faizal Tahir

Penyanyi - Jamuan gathering keluarga

Kamal Adli bersama D Expert BBQ

Kamal Adli

Pelakon - Majlis aqiqah anak sulung beliau

Alif satar, ryzal durian kimchi bersama D Expert BBQ

Ryzal Duriankimchi & Alif Satar

Pempengaruh & artis - Majlis bersama pihak Masjid Bukit Damansara

Yusof Haslam bersama D Expert BBQ

Datuk Yusof Haslam

Pengarah Filem - Jamuan Hari Raya dan gathering keluarga

Fahrin Ahmad & TV3 bersama D Expert BBQ

Jemputan TV3 dalam rancangan Wanita Hari Ini

Bergambar dengan pengacara WHI iaitu Fahrin Ahmad di hadapan Sri Pentas sebelum rancangan bermula

Linda Rafar bersama D Expert BBQ

Linda Rafar & Syed Aiman

Pelakon - Jamuan Hari Raya dan gathering keluarga

Norman Hakim bersama D Expert BBQ

Norman Hakim

Pelakon - Majlis aqiqah anak beliau

Animonsta Boboi Boy bersama D Expert BBQ

Nizam Razak

CEO Animonsta (Boboi Boy) - Jamuan raya syarikat

D'Expert Kambing BBQ menyediakan perkhidmatan kambing golek di Kuala Lumpur dan Selangor sejak 2014. Dengan pengalaman lebih 12 tahun, kami telah melayani ribuan majlis dari gathering keluarga hingga majlis korporat. Berbeza dari kebanyakan penyedia lain, kami menggunakan 100% arang kayu dari mula hingga selesai — kambing tidak direbus sebelum dibakar. Chef kami datang terus ke lokasi majlis anda dalam kawasan KL, Selangor, Putrajaya dan Nilai. Untuk majlis aqiqah, kami juga menyediakan pakej aqiqah kambing golek menggunakan kambing fresh tempatan.

Soalan Lazim

Yang Selalu Di Tanya

Berapa awal perlu buat tempahan?

Untuk waktu di luar musim Hari Raya, selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis dan sebulan untuk musim Hari Raya. Tempahan lebih awal amat digalakkan bagi mengelakkan kekecewaan.

Berapa lama tempoh memasak dan serving di tempat majlis?

Team kami akan sampai 1-2 jam sebelum majlis makan. Kami akan serve dalam 2 jam dari waktu makan. Jika ingin kami serve lebih dari 2 jam, akan dikenakan caj RM100/jam. Contoh, majlis makan pukul 12 tengahari, team kami akan sampai sekitar puku 10-11 pagi dalam keadaan kambing separuh masak. Set peralatan dan teruskan menggolek sehingga di tempat majlis. Pukul 12 tengahari tetamu dah boleh makan. Kami akan serve sehingga pukul 2.00 petang. Sekiranya belum habis, kami akan transfer bekas. Bekas untuk transfer mohon pihak tuan rumah untuk sediakan.

Berapa jumlah deposit untuk tempahan?

Jumlah deposit diperlukan adalah 70% dari jumlah invois. Baki adalah pada hari majlis

Apa yang perlu di sediakan di tempat majlis?

Kami perlukan menggolek sekitar 10 kaki X 10 kaki untuk stesen bakar. Kami akan bawa peralatan seperti khemah dan meja hidang. 

Kalau tiada ruangan membakar, macam mana pula?

Jika tiada, kami sarankan sama ada siap bakar, potong dan hantar/hidang. Atau, menggolek secara indoor (dalam premis) yang mana akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM150

Kalau nak ubah tempahan, berapa lama perlu diberitahu?

Setiap tempahan di lakukan, akan menerima email dari kami. Di email tersebut terdapat button untuk anda mengubah bila-bila masa order anda sehingga 2 hari sebelum majlis. Sekiranya berlaku perubahan dalam selepas 2 hari dari tarikh majlis, anda perlu menghubungi admin.

Kalau pakej untuk aqiqah ada ke?

Ada. Kami menyediakan pakej kambing Aqiqah Kambing Golek menggunakan kambing fresh tempatan dan juga import. Lihat pakej harga lengkap di sini: KLIK SINI

Berapa ramai boleh makan untuk seekor kambing?

Anda boleh lihat details setiap satu pakej yang kami sediakan. Di situ terdapat anggaran bilangan tetamu untuk setiap pakej.

 

Adakah lokasi majlis saya anda cover?

Anda boleh semak Transport Calculator yang kami sediakan di link ini: KLIK SINI

Nak Tempah Atau Ada Soalan?

Whatsapp Kami Sekarang - Respon pantas, Tanpa kerenah

Logo 10 tahun D'EXpert BBQ

As Seen On:

Logo TV3 di D'Expert BBQ

Diuruskan Oleh:

Indok Utama Resources (001740713-M)

5-2G, Jalan Wangsa Delima 1A,

Kuala Lumpur Suburban Center 3,

Wangsa Maju

53300  Kuala Lumpur

 

email: dexpertkambingbbq@gmail.com

Kami berdaftar dengan:

D'Expert BBQ berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia

We Accept:

line-of-credit-e1729021098258_edited.png
e-wallet_edited.png
e-wallet_edited.png

Buy Now Pay Later

bnpl_edited.png

© 2026 / 2027 by Indok Utama Resources. All Right Reserved

bottom of page